Wednesday, 17 April 2013

PANDUAN LATIHAN KEBAKARAN SEKOLAH

PELAN LATIHAN KEBAKARAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAGAROH



Latihan kebakaran dilakukan sebanyak dua kali setahun. Sekali pada penggal pertama dan sekali pada penggal kedua sesi persekolahan. Segala maklumat berkenaan panduan mengosongkan bangunan ada dilekatkan didalam setiap kelas dan bilik-bilik khas.

Berikut adalah panduan untuk mengosongkan bangunan:


PANDUAN LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN

  1. Apabila murid mendengar loceng berbunyi panjang TANPA BERHENTI latihan mengosongkan bangunan telah bermula.
  2. Semua murid hendaklah:
  • berhenti daripada membuat semua kerja.
  • berdiri dengan tenang.
  • membuat barisan dengan serta-merta dan berjalan menuju ke tempat berkumpul dengan cepat, senyap, tanpa kekecohan, tidak berlari-lari atau bertolak-tolak antara satu sama lain.
  • mengikut jalan yang telah ditetapkan dalam pelan.
  • guru atau ketua kelas adalah orang terakhir meninggalkan kelas dan bertanggungjawab untuk menutup suis dan lampu serta semua pintu.
  • semua penghuni diberi 3 minit untuk mengosongkan bangunan.
  1. Bagi murid dan guru serta kakitangan yang berada di Bilik Sains, mereka dinasihatkan untuk menutup/mematikan ibu sawat elektrik/injap gas sebelum meninggalkan Bilik Sains.
  2. Murid-murid dinasihatkan supaya jangan membawa beg sekolah apabila meninggalkan kelas. Hanya dokumen yang penting seperti kad pengenalan/dompet perlu diambil.
  3. Guru yang mengajar pada masa itu perlu mengarahkan murid ke tempat selamat yang telah ditetapkan dengan kadar segera.
  4. Guru dan ketua kelas perlu mengawal murid, menjaga disiplin dan ketenteraman murid dalam pergerakan menyelamatkan diri.
  5. Bagi murid -murid yang tidak berada di dalam bilik darjah ketika loceng kecemasan dibunyikan (seperti berada di dalam bilik air atau kantin) hendaklah serta-merta pergi ke tapak selamat seperti yang ditetapkan untuk bersama-sama dengan murid yang lain.
  6. Apabila sampai di tapak selamat, murid-murid hendaklah beratur mengikut kedudukan seperti yang telah ditetapkan.
  7. Guru kelas akan memastikan semua murid berada di tapak selamat berpandukan buku Jadual Kedatangan Murid. Ketua kelas perlu menolong guru kelas untuk mengira murid-murid yang telah tiba di tempat yang ditentukan.
  8. Jika terdapat murid yang tidak terdapat di tempat perhimpunan, maka guru kelas hendaklah serta-merta melaporkan nama murid tersebut kepada AJK Keselamatan.
  9. Pihak pentadbir, kakitangan pejabat, staf sokongan dan semua warga SK Tagaroh, Kota Marudu juga harus berada di tapak selamat.
  10. Kakitangan pejabat akan membawa semua buku kedatangan murid ke tapak selamat.
  11. Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk mengambil barang-barang yang tertinggal.
  12. Guru-guru dan kakitangan sekolah mesti mengikut laluan yang ditetapkan.
  13. Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan tiada masalah murid-murid boleh balik ke kelas.



TUGAS GURU KELAS

  1. Mengawal pergerakan murid meninggalkan bangunan.
  2. Mengenalpasti kehadiran murid pada waktu pertama pada hari latihan.
  3. Mengambil kehadiran murid semasa latihan berlangsung berdasarkan buku kedatangan murid.
  4. Menolong mengawal disiplin murid semasa di berada di tapak selamat.



TUGAS GURU YANG SEDANG MENGAJAR

  1. Berhenti mengajar dan mengarahkan murid meninggalkan kelas dan menuju ke tapak  selamat
  2. Mengawal disiplin murid semasa perjalanan ke tapak selamat


TUGAS GURU YANG BERADA DI BILIK DARJAH / KANTIN DAN BILIK-BILIK KHAS

  1. Arahkan semua murid keluar dari tempat-tempat tersebut dengan tenang.
  2. Tutup semua suis elektrik dan pintu.
  3. Iringi murid ke tapak selamat.

Wednesday, 10 April 2013

HARI-HARI KELEPASAN AM BAGI NEGERI SABAH BAGI TAHUN 2013

Bil
Hari Kelepasan Am
Tarikh
Hari
1
Cuti Umum Tahun Baru 2013
1 Jan
Selasa
2
Maulidur Rasul
24 Jan
Khamis
3
Tahun Baru Cina
10 - 11 Feb
Ahad & Isnin
4
Good Friday
5 Apr
Jumaat
5
Hari Pekerja
1 Mei
Rabu
6
Hari Wesak
24 Mei
Jumaat
7
Pesta Kaamatan
30 - 31 Mei
Khamis & Jumaat
8
Hari Keputeraan DYMMSPBYDPA
1 Jun
Sabtu
9
Hari Raya Puasa
8 - 9 Ogos
Khamis & Jumaat
10
Hari Kemerdekaan
31 Ogos
Sabtu
11
Hari Malaysia
16 Sep
Isnin
12
Hari Jadi TYT
6 Okt
Ahad
13
Hari Raya Haji/Hari Raya Korban
15 Okt
Selasa
14
Hari Deepavali
3 Nov
Ahad
15
Awal Muharram (Maal Hijrah)
5 Nov
Selasa
16
Hari Krismas
25 Dis
Sabtu

KALENDER TAHUN 2013

Penggal
Persekolahan / cuti
Mula
Akhir
Bilangan hari
1
Persekolahan
02.01.2013
24.04.2013
58
Cuti
23.03.2013
31.03.2013
9
Persekolahan
01.04.2013
24.05.2013
40
Cuti
25.05.2013
09.06.2013
16
2
Persekolahan
10.06.2013
06.08.2013
42
Cuti
07.08.2013
18.08.2013
12
Persekolahan
19.08.2013
15.11.2013
65
Cuti
16.11.2013
01.01.2014
47


            Jumlah hari persekolahan termasuk Cuti Am                        =          205 hari
            Jumlah hari cuti penggal                                                         =            84 hari

Sunday, 7 April 2013

MESYUARAT KURIKULUM BIL 2 TAHUN 2013

SEMUA GURU-GURU
SK TAGAROH, KOTA MARUDU.


Tarikh               : 9 APRIL 2013 (SELASA)
Masa                : 1.00 PETANG
Tempat             : MAKMAL KOMPUTER

AGENDA MESYUARAT

1.   Ucapan Pengerusi
2.   Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
3.   Perkara Berbangkit
4.   Laporan Keputusan Ujian 1
      4.1  Ketua Panitia - Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP)
      4.2  Setiausaha Peperiksaan - Gred Purata Sekolah (GPS)
5.   Program Kecemerlangan Tahunan
      5.1  Kelas Tambahan dan Program-program Lain (Panitia Teras)
      5.2  Program Kecemerlangan Tahun 4 dan Tahun 5
6.   Kursus Dalaman
7.   Hal-hal Lain

INSTRUMEN PENILAIAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS


Thursday, 4 April 2013

MAJLIS JAMUAN UNTUK ATLIT DAN PASUKAN PERBARISAN SEKOLAH

TARIKH : 4 APRIL 2013
HARI : Khamis
MASA : 12.40 tengah hari
TEMPAT : Kantin Sekolah


GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI


Antara guru yang memeriahkan lagi majlis jamuan peringkat sekolah.


En. Loindin Kunggu, Guru Besar membeikan ucapan tahniah ke atas guru-guru, pasukan atlit dan pasukan perbarisan sekolah kerana berjaya mengharumkan nama sekolah.


Murid-murid tekun mendengar ucapan daripada En. Loindin Kunggu, Guru Besar SK Tagaroh.


Adik Rina yang merupakan olahragawati sekolah dikalungkan medal dan diberikan sijil oleh Guru Besar.


Antara atlit dan pasukan perbarisan sekolah yang mengharumkan nama SK Tagaroh.

Thursday, 14 March 2013

PELANCARAN SARANA IBU BAPA

TARIKH : 14 MAC 2013
HARI : Khamis
MASA : 2.00 petang
TEMPAT : Dewan Sekolah

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

Banner Pelancaran Sarana Ibubapa Peringkat Sekolah.


En. Ulik, Guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan ceramah beliau berkenaan sarana ibu bapa.


Ibu bapa yang hadir sewaktu sarana ibu bapa.


En. Loindin Kunggu, Guru Besar memberikan ucapan alu-aluan kepada semua ibu bapa yang hadir.


Tetamu kehrmat yang hadir bagi menyerikan Program Pelancaran Sarana Ibu Bapa Peringkat Sekolah.