Wednesday, 16 May 2018

PERKHEMAHAN PERDANA KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) DAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) PERINGKAT NEGERI SABAH

TARIKH PENDAFTARAN : 11.05.2018 (2.00 petang)
TARIKH PENUTUPAN : 14.05.2018 (2.30 petang)
HARI : Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin
TEMPAT : SMK Merpati, Sandakan

 SENARAI PEGAWAI PENGIRING
1. Yazid Mahadi - SMK Kota Marudu
2. Hazmin bin Samlan - SMK Bengkongan
3. Shirley Ng Siew Mee - SMK Kota Marudu
4. Muhammad Redzuan bin Salleh - SK Bintasan

SENARAI PESERTA KRS
1. Nelwin Jeddy - SMK Kota Marudu
2. Vinon Maralim - SMK Bengkongan
3. Annisa Pagga - SMK Kota Marudu
4. Estherfenyvey Junip - SMK Bengkongan

SENARAI PESERTA TKRS
1. Erfan Ilyasa Kamarulnizam - SK Bintasan
2. Orlando Welton - SK Panaitan
3. S'Presyenieela Sotiling - SK Bintasan
4. Juliana Kubit - SK Tagaroh

PENCAPAIAN
1. Johan Kawad Kaki (TKRS)
2. Johan Tarian Perang (TKRS)
3. Johan Ketua Platun (TKRS)
4. Ketiga Kawad Kaki (KRS)
5. Naib Johan Ketua Platun (KRS)
6. Johan Tarian Perang (KRS)



GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI


Jurulatih dan ahli kadet bergambar kenangan sebelum bertolak ke SMK Merpati, Sandakan.

Peserta menunjukkan kemahiran memasak semasa pertandingan masakan rimba.

Peserta kadet Daerah Kota Marudu.

Persedian sebelum pertandingan kawad kaki dan tarian perang.

Gambar sewaktu pertandingan kawad kaki antara daerah-daerah yang mengikuti perkhemahan.

 Daerah Kota Marudu telah mendapat Johan Keseluruhan Perkhemahan Perdana KRS & TKRS Peringkat Negeri Sabah.

Thursday, 3 May 2018

KEJOHANAN BOLA TAMPAR BAWAH 12 TAHUN LELAKI DAN PEREMPUAN PERINGKAT DAERAH

TARIKH
02.05.2018
HARI
Rabu
MASA
8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
TEMPAT
SK Bengkongan
PENCAPAIAN
Tempat Ketiga


GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

 Peserta lelaki Zon 2 bersalaman sebelum bertanding dengan Zon 2.

 Peserta perempuan Zon 3 masih menunggu giliran.

 Pemain dari SK Tagaroh sedang menghantar bola untuk pasukan lawan.

 Pengira mata dan pengadil pertandingan.

 Cikgu Aime (berbaju ungu) dan Cikgu Zuniza (berbaju merah) sentiasa memerhatikan dan mengawasi pemain dari SK Tagaroh.

Tahniah buat Zon 3, walaupun hanya mendapat tempat ketiga namun pengalaman ini amat bermakna buat peserta SK Tagaroh.

Tuesday, 1 May 2018

LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN (FIREDRILL) DAN LATIHAN MEMADAM KEBAKARAN

TARIKH
30.04.2018
HARI
Isnin
MASA
9.30 pagi hingga 10.20 pagi
TEMPAT
Dewan Sekolah dan Tapak Berkumpul
PESERTA
Semua guru dan murid SK Tagaroh


GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

 Persediaan awal oleh pasukan keselamatan sekolah.

 Lokasi tempat terbakar untuk latihan bersama warga sekolah.

 Latihan mengosongkan bangunan bermula apabila loceng dibunyikan dengan bunyi yang panjang sebanyak tiga kali.

 Murid-murid berkumpul di tapak berkumpul mengikut kelas masing-masing disertai oleh guru kelas masing-masing.

Murid-murid ditunjukkan cara memadamkan kebakaran oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Marudu.

 Wakil murid diajar cara menggunakan Alat Pemadam Api (APA) dengan cara yang betul.

 Latihan cara memadamkan api melibatkan semua murid.

 Murid menggunakan Alat Pemadam Api (APA) untuk memadam kebakaran.

 Kebakaran dapat dipadamkan dengan baik.

Semua murid berkumpul di dalam dewan sekolah untuk mendengar taklimat oleh pegawai bomba dan penyelamat.



Friday, 27 April 2018

KEJOHANAN BOLA JARING 12 TAHUN KE BAWAH PERINGKAT DAERAH

TARIKH
25.04.2018 dan 26.04.2018
HARI
Rabu dan Khamis
MASA
8.00 pagi
TEMPAT
SJKC Khoi Ming
PENCAPAIAN
Tempat Ketiga


GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

 Peserta bola jaring dari SK Tagaroh yang mewakili Zon 3.

 Adik Abby Marbella menunjukkan fail kategori permainan kumpulan yang mereka sertai.

 Barisan peserta bola jaring mengikut zon masing-masing.

 Pn. Dyg Rusneh dan Cikgu Angela turut serta menyokong peserta dari pasukan Zon 3.

Barisan peserta mewakili Daerah Kota Marudu ke peringkat Pantai Barat Utara.

Thursday, 26 April 2018

KARNIVAL PERPADUAN BAHASA INGGERIS

TARIKH
25.04.2018 dan 26.04.2018
HARI
Rabu dan Khamis
MASA
8.00 pagi 
TEMPAT
SK Popok dan SK Simpangan 
PENCAPAIAN
Johan - Action Song
Naib Johan - Public Speaking
Kelima - Poetry Recitation
Ketujuh - Story Telling


GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

 Kami sedia untuk beraksi.


Peserta Action Song sempat bergaya dihadapan bilik guru selepas ditatarias oleh pasukan guru-guru Bahasa Inggeris.


Peserta menunjukkan pergerakan semasa pertandingan.

 Sijil pencapaian Johan telah diserahkan kepada murid-murid SK Tagaroh.

Tahniah kepada semua murid yang terlibat kerana telah melonjakkan nama SK Tagaroh dalam pertandingan Action Song.


 Guru pengiring Cikgu Noorbaizura dan Cikgu Low Li Ngo bergambar kenangan bersama-sama dengan peserta Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris.


Barisan peserta Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris.

LARIAN AMAL TAGAROH RUN 2018

TARIKH
15.04.2018
HARI
Ahad
MASA
6.00 pagi (pelepasan)
TEMPAT
Padang Pekan Kota Marudu
PESERTA
271 orang peserta
ANJURAN
Koperasi Warga Tagaroh Berhad dengan kerjasama MS Sport & Event Managment, Pejabat Belia Sukan Daerah Kudat dan SK Tagaroh


Larian Amal Tagaroh Run telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah buat semua yang bertungkus lumus menjayakan larian ini.



Keratan akhbar ditulis oleh Vivi Oliviana@Utusan Borneo (Sabah) diterbitkan pada 26.04.2018

Tuesday, 24 April 2018

TAKLIMAT KESELAMATAN OLEH UNIT KESELAMATAN SEKOLAH

TARIKH
23.04.2018
HARI
Rabu
MASA
7.20 pagi hingga 8.20 pagi
TEMPAT
Tapak Perhimpunan
PESERTA
Semua guru dan murid SK Tagaroh



GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

 Taklimat keselematan disampaikan oleh Cikgu Mohd Kamarul Nizam

 Semua murid terlibat mengikuti taklimat keselamatan di tapak perhimpunan.

 Murid-murid bersedia untuk bergerak ke tapak berkumpul yang telah ditetapkan.

 Murid-murid bergerak ke tapak berkumpul.

Murid berkumpul mengikut barisan kelas masing-masing.

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR LELAKI BAWAH 12 TAHUN

TARIKH
23.04.2018
HARI
Isnin
MASA
8.00 pagi
TEMPAT
SK Bengkongan
PENCAPAIAN
Naib Johan


GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

Peserta bola tampar dari SK Tagaroh bergambar kenangan bersama-sama dengan Cikgu Aime dan Cikgu Zuniza.

 Peserta sentiasa dipantau dan diberikan sokongan ketika bermain di dalam gelanggang.

 Semua peserta mendengar dengan teliti taklimat yang disampai oleh Cikgu Aime.

 Coaching daripada Cikgu Aime dan Cikgu Zuniza.

Semua peserta bersedia di kedudukan masing-masing ketika bermain di dalam arena.

Monday, 23 April 2018

PANDUAN LATIHAN KECEMASAN SEKOLAH TAHUN 2018

Pelan Laluan Kecemasan SK Tagaroh Tahun 2018


Latihan kebakaran dilakukan sebanyak dua kali setahun. Sekali pada penggal pertama dan sekali pada penggal kedua sesi persekolahan. Segala maklumat berkenaan panduan mengosongkan bangunan ada dilekatkan didalam setiap kelas dan bilik-bilik khas.

Berikut adalah panduan untuk mengosongkan bangunan:


PANDUAN LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN

  1. Apabila murid mendengar loceng berbunyi panjang TANPA BERHENTI latihan mengosongkan bangunan telah bermula.
  2. Semua murid hendaklah:
  • berhenti daripada membuat semua kerja.
  • berdiri dengan tenang.
  • membuat barisan dengan serta-merta dan berjalan menuju ke tempat berkumpul dengan cepat, senyap, tanpa kekecohan, tidak berlari-lari atau bertolak-tolak antara satu sama lain.
  • mengikut jalan yang telah ditetapkan dalam pelan.
  • guru atau ketua kelas adalah orang terakhir meninggalkan kelas dan bertanggungjawab untuk menutup suis dan lampu serta semua pintu.
  • semua penghuni diberi 3 minit untuk mengosongkan bangunan.
  1. Bagi murid dan guru serta kakitangan yang berada di Bilik Sains, mereka dinasihatkan untuk menutup/mematikan ibu sawat elektrik/injap gas sebelum meninggalkan Bilik Sains.
  2. Murid-murid dinasihatkan supaya jangan membawa beg sekolah apabila meninggalkan kelas. Hanya dokumen yang penting seperti kad pengenalan/dompet perlu diambil.
  3. Guru yang mengajar pada masa itu perlu mengarahkan murid ke tempat selamat yang telah ditetapkan dengan kadar segera.
  4. Guru dan ketua kelas perlu mengawal murid, menjaga disiplin dan ketenteraman murid dalam pergerakan menyelamatkan diri.
  5. Bagi murid -murid yang tidak berada di dalam bilik darjah ketika loceng kecemasan dibunyikan (seperti berada di dalam bilik air atau kantin) hendaklah serta-merta pergi ke tapak selamat seperti yang ditetapkan untuk bersama-sama dengan murid yang lain.
  6. Apabila sampai di tapak selamat, murid-murid hendaklah beratur mengikut kedudukan seperti yang telah ditetapkan.
  7. Guru kelas akan memastikan semua murid berada di tapak selamat berpandukan buku Jadual Kedatangan Murid. Ketua kelas perlu menolong guru kelas untuk mengira murid-murid yang telah tiba di tempat yang ditentukan.
  8. Jika terdapat murid yang tidak terdapat di tempat perhimpunan, maka guru kelas hendaklah serta-merta melaporkan nama murid tersebut kepada AJK Keselamatan.
  9. Pihak pentadbir, kakitangan pejabat, staf sokongan dan semua warga SK Tagaroh, Kota Marudu juga harus berada di tapak selamat.
  10. Kakitangan pejabat akan membawa semua buku kedatangan murid ke tapak selamat.
  11. Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk mengambil barang-barang yang tertinggal.
  12. Guru-guru dan kakitangan sekolah mesti mengikut laluan yang ditetapkan.
  13. Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan tiada masalah murid-murid boleh balik ke kelas.




TUGAS GURU KELAS

  1. Mengawal pergerakan murid meninggalkan bangunan.
  2. Mengenalpasti kehadiran murid pada waktu pertama pada hari latihan.
  3. Mengambil kehadiran murid semasa latihan berlangsung berdasarkan buku kedatangan murid.
  4. Menolong mengawal disiplin murid semasa di berada di tapak selamat.




TUGAS GURU YANG SEDANG MENGAJAR

  1. Berhenti mengajar dan mengarahkan murid meninggalkan kelas dan menuju ke tapak  selamat
  2. Mengawal disiplin murid semasa perjalanan ke tapak selamat



TUGAS GURU YANG BERADA DI BILIK DARJAH / KANTIN DAN BILIK-BILIK KHAS

  1. Arahkan semua murid keluar dari tempat-tempat tersebut dengan tenang.
  2. Tutup semua suis elektrik dan pintu.
  3. Iringi murid ke tapak selamat.