Friday, 25 January 2013

LATIHAN SUKAN

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

Murid-murid membuat regangan sebelum membuat aktiviti mengikut acara masing-masing.


 En. Jhoriflie, Ketua Jurulatih  pasukan atlit sekolah.


 Adik J.Lo Adam sewaktu latihan lompat jauh.


Adik Carldef menjalani latihan lompat tinggi. 


Para atlit yang kepenatan dan berehat selepas latihan.

Monday, 14 January 2013

GAMBAR-GAMBAR SEWAKTU BANJIR

Padang sekolah telah mula ditenggelami air pada pukul 10.00 pagi.


Murid-murid diberikan kebenaran untuk balik ke rumah masing-masing.


Tetap basah walaupun berpayung.


Guru-guru risau dengan keadaan banjir yang melanda.


Tapak perhimpunan telah mula ditenggelami air.

Thursday, 10 January 2013

MENCERIAKAN BILIK GURU SEKOLAH

TARIKH : 10 JANUARI 2013
HARI : Khamis
MASA : 12.40 tengah hari
TEMPAT : Bilik Guru


GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

 En. Loindin Kunggu, Guru Besar turut membantu guru-guru mengemas dan menceriakan bilik guru sekolah.


En. Loindin Kunggu dan guru-guru sedang menggantikan  tikar getah yang baharu.



Guru-guru membantu mengemaskan dan menceriakan bilik guru.



 Meja dan rak di bilik guru juga turut di alih dan disusun semula.


En. Zulkifli, En. Naim dan En. John membantu menukarkan tikar getah yang baharu.

Tuesday, 1 January 2013

HALA TUJU SEKOLAH

VISI:
SK Tagaroh Akan Menjadi Sekolah Cemerlang Di Daerah Kota Marudu Menjelang 2017.


MISI:
Menjadikan SK Tagaroh sebagai pusat pembentukan modal insan yang berkualiti dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MOTTO:
"TEKUN USAHA JAYA"

LAGU SEKOLAH - SEKOLAHKU TAGAROH

Indah namamu
Sekolahku Tagaroh
Guru dan muridnya
Bersatu

Tekun Usaha Jaya
Amalan hidup kami
Bila dewasa nanti
Berbakti

Hormat ibu dan bapa
Hidupkan bahagia
Jasa guruku tetap dikenang

Tekun Usaha Jaya
Amalan hidup kami
Bila dewasa nanti
Berbakti

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

SEJARAH SEKOLAH


Gambar sekitar kawasan sekolah

            Sekolah Kebangsaan Tagaroh merupakan antara sekolah yang terawal dibina di daerah Kota Marudu. Lokasinya terletak lebih kurang 6 kilometer dari pekan Kota Marudu. ia dibina di sebuah kawasan tanah lapangdan rata dengan keluasan 3.46 ekar. Kedudukan sekolah ini amat strtegik kerana ia dibina di antara beberapa buah kampung seperti Kampung Tagaroh, Kampung Wani, Kampung Pinatau, Kampung Langkon Baru, Kampung Tiganambur, Kampung Togop dan Kampung Tunggung. Majoriti muridnya atau 90% adalah daripada suku kaum Dusun manakala 10% lagi terdiri daripada suku kaumBajau, Cina, Sino dan Melayu.
            Bermula pada tahun 1965, hasil daripada usaha ketua kampung pada waktu itu iaitu Encik Timbuong Darunsai, maka sekolah ini siap dibina dan dibuka pada tahun 1966. Peruntukan pembinaan sekolah ini telah diberi oleh Jabatan Pelajaran Sabah dengan pengawasan daripada Pegawai Daerah Kota Marudu. Saiz bangunannya pada masa itu ialah 20' x 60' dan hanya ada 2 bilik darjah sahaja. Bilangan murid pada masa itu ialah sebanyak 31 dan dua orang tenaga pengajar. Guru besar yang pertama ialah Encik Hairuddin Ahmad yang berasal dari Pulau Labuan.
            Pada tahun 1967, bilangan murid telah bertambah kepada 64 orang dan pada tahun 1969 bilangan murid bertambah lagi menjadi 116 orang. Bangunan sekolah juga telah ditambah selaras dengan pertambahan bilangan murid yang semakin ramai. Bilangan murid juga kian bertambah dari semasa ke semasa. Pada tahun 1972, bilangan murid adalah sebanyak 196 orang. Tahun 1974 sebanyak 236 orang, Tahun 1980 sebanyak 332 orang, Tahun 1986 sebanyak 342 orang dan pada tahun 1988 merupakan tahun yang bertuah kerana seiring dengan pertambahan murid dengan jumlah sebanyak 480 orang, sekolah juga telah dinaikkan grednya menjadi sekolah gred A.
            Guru-guru Besar yang pernah bertugas di sekolah ini ialah Encik Kadir Bakri (1970) , Encik Francis Sinabun (1970), Encik Razak Diman (1973), Encik Jamilan Muhammad (1975), Encik William Long (1975), Encik Timbun Dalampun (1976), Encik Mungsing Yong (1984), Encik Pangiran ZAinal Pangiran Manggi (1984), Encik Awang Muhammad (1987), Encik William Long (pertengahan 1988) dan Encik Harnod Liging (1998-2007). Encik Loindin Kunggu pula merupakan guru besar pada masa kini. Beliau mula bertugas pada tahun 2007.