Gambar sekitar kawasan sekolah
Sekolah Kebangsaan Tagaroh merupakan
antara sekolah yang terawal dibina di daerah Kota Marudu. Lokasinya terletak
lebih kurang 6 kilometer dari pekan Kota Marudu. ia dibina di sebuah kawasan
tanah lapangdan rata dengan keluasan 3.46 ekar. Kedudukan sekolah ini amat
strtegik kerana ia dibina di antara beberapa buah kampung seperti Kampung
Tagaroh, Kampung Wani, Kampung Pinatau, Kampung Langkon Baru, Kampung
Tiganambur, Kampung Togop dan Kampung Tunggung. Majoriti muridnya atau 90%
adalah daripada suku kaum Dusun manakala 10% lagi terdiri daripada suku
kaumBajau, Cina, Sino dan Melayu.
Bermula pada tahun 1965, hasil
daripada usaha ketua kampung pada waktu itu iaitu Encik Timbuong Darunsai, maka
sekolah ini siap dibina dan dibuka pada tahun 1966. Peruntukan pembinaan
sekolah ini telah diberi oleh Jabatan Pelajaran Sabah dengan pengawasan
daripada Pegawai Daerah Kota Marudu. Saiz bangunannya pada masa itu ialah 20' x
60' dan hanya ada 2 bilik darjah sahaja. Bilangan murid pada masa itu ialah sebanyak
31 dan dua orang tenaga pengajar. Guru besar yang pertama ialah Encik Hairuddin
Ahmad yang berasal dari Pulau Labuan.
Pada tahun 1967, bilangan murid
telah bertambah kepada 64 orang dan pada tahun 1969 bilangan murid bertambah
lagi menjadi 116 orang. Bangunan sekolah juga telah ditambah selaras dengan
pertambahan bilangan murid yang semakin ramai. Bilangan murid juga kian
bertambah dari semasa ke semasa. Pada tahun 1972, bilangan murid adalah sebanyak
196 orang. Tahun 1974 sebanyak 236 orang, Tahun 1980 sebanyak 332 orang, Tahun
1986 sebanyak 342 orang dan pada tahun 1988 merupakan tahun yang bertuah kerana
seiring dengan pertambahan murid dengan jumlah sebanyak 480 orang, sekolah juga
telah dinaikkan grednya menjadi sekolah gred A.
Guru-guru Besar yang pernah bertugas
di sekolah ini ialah Encik Kadir Bakri (1970) , Encik Francis Sinabun (1970),
Encik Razak Diman (1973), Encik Jamilan Muhammad (1975), Encik William Long
(1975), Encik Timbun Dalampun (1976), Encik Mungsing Yong (1984), Encik
Pangiran ZAinal Pangiran Manggi (1984), Encik Awang Muhammad (1987), Encik
William Long (pertengahan 1988) dan Encik Harnod Liging (1998-2007). Encik
Loindin Kunggu pula merupakan guru besar pada masa kini. Beliau mula bertugas
pada tahun 2007.
Terbaik.
ReplyDeleteDrp sy cikgu Fowzi.
Terbaik.
ReplyDeleteDrp sy cikgu Fowzi.
Terima kasih Ckg Fowzi
ReplyDelete