Monday, 23 April 2018

PANDUAN LATIHAN KECEMASAN SEKOLAH TAHUN 2018

Pelan Laluan Kecemasan SK Tagaroh Tahun 2018


Latihan kebakaran dilakukan sebanyak dua kali setahun. Sekali pada penggal pertama dan sekali pada penggal kedua sesi persekolahan. Segala maklumat berkenaan panduan mengosongkan bangunan ada dilekatkan didalam setiap kelas dan bilik-bilik khas.

Berikut adalah panduan untuk mengosongkan bangunan:


PANDUAN LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN

  1. Apabila murid mendengar loceng berbunyi panjang TANPA BERHENTI latihan mengosongkan bangunan telah bermula.
  2. Semua murid hendaklah:
  • berhenti daripada membuat semua kerja.
  • berdiri dengan tenang.
  • membuat barisan dengan serta-merta dan berjalan menuju ke tempat berkumpul dengan cepat, senyap, tanpa kekecohan, tidak berlari-lari atau bertolak-tolak antara satu sama lain.
  • mengikut jalan yang telah ditetapkan dalam pelan.
  • guru atau ketua kelas adalah orang terakhir meninggalkan kelas dan bertanggungjawab untuk menutup suis dan lampu serta semua pintu.
  • semua penghuni diberi 3 minit untuk mengosongkan bangunan.
  1. Bagi murid dan guru serta kakitangan yang berada di Bilik Sains, mereka dinasihatkan untuk menutup/mematikan ibu sawat elektrik/injap gas sebelum meninggalkan Bilik Sains.
  2. Murid-murid dinasihatkan supaya jangan membawa beg sekolah apabila meninggalkan kelas. Hanya dokumen yang penting seperti kad pengenalan/dompet perlu diambil.
  3. Guru yang mengajar pada masa itu perlu mengarahkan murid ke tempat selamat yang telah ditetapkan dengan kadar segera.
  4. Guru dan ketua kelas perlu mengawal murid, menjaga disiplin dan ketenteraman murid dalam pergerakan menyelamatkan diri.
  5. Bagi murid -murid yang tidak berada di dalam bilik darjah ketika loceng kecemasan dibunyikan (seperti berada di dalam bilik air atau kantin) hendaklah serta-merta pergi ke tapak selamat seperti yang ditetapkan untuk bersama-sama dengan murid yang lain.
  6. Apabila sampai di tapak selamat, murid-murid hendaklah beratur mengikut kedudukan seperti yang telah ditetapkan.
  7. Guru kelas akan memastikan semua murid berada di tapak selamat berpandukan buku Jadual Kedatangan Murid. Ketua kelas perlu menolong guru kelas untuk mengira murid-murid yang telah tiba di tempat yang ditentukan.
  8. Jika terdapat murid yang tidak terdapat di tempat perhimpunan, maka guru kelas hendaklah serta-merta melaporkan nama murid tersebut kepada AJK Keselamatan.
  9. Pihak pentadbir, kakitangan pejabat, staf sokongan dan semua warga SK Tagaroh, Kota Marudu juga harus berada di tapak selamat.
  10. Kakitangan pejabat akan membawa semua buku kedatangan murid ke tapak selamat.
  11. Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk mengambil barang-barang yang tertinggal.
  12. Guru-guru dan kakitangan sekolah mesti mengikut laluan yang ditetapkan.
  13. Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan tiada masalah murid-murid boleh balik ke kelas.




TUGAS GURU KELAS

  1. Mengawal pergerakan murid meninggalkan bangunan.
  2. Mengenalpasti kehadiran murid pada waktu pertama pada hari latihan.
  3. Mengambil kehadiran murid semasa latihan berlangsung berdasarkan buku kedatangan murid.
  4. Menolong mengawal disiplin murid semasa di berada di tapak selamat.




TUGAS GURU YANG SEDANG MENGAJAR

  1. Berhenti mengajar dan mengarahkan murid meninggalkan kelas dan menuju ke tapak  selamat
  2. Mengawal disiplin murid semasa perjalanan ke tapak selamat



TUGAS GURU YANG BERADA DI BILIK DARJAH / KANTIN DAN BILIK-BILIK KHAS

  1. Arahkan semua murid keluar dari tempat-tempat tersebut dengan tenang.
  2. Tutup semua suis elektrik dan pintu.
  3. Iringi murid ke tapak selamat.

No comments:

Post a Comment